Friday, 22 April 2011

Buat semua blogger... Jangan MEMBUNUH jiwa blogger lain!!!

Siapakah kita untuk menghukum seseorang itu dengan pelbagai gelaran ... kita hanya mampu menilai.. Please la... Kita popular dan ramai kenali bukan bermaksud kita dah cukup hebat.. Ramai lagi lebih hebat.. mungkin nasib menyebelahi diri kita.. Aku tengok ramai blogger kini tumbuh bak cendawan.. Namun sekerat manakah yang berkualiti.. Belajar tinggi tak semestinya entri berkualiti.. 



Aku ambil contoh terdekat.. Bila kita dah dikenali..adakah kita sudah tidak layak untuk ditegur?? kroni?? itu mungkin yang paling kuat.. Apa2 yang dilakukan.kroni jer yang bertindak backup.. sungguh kuat penangan kalau kita sudah dikenali... Tapi mungkin kroni itu nampak kelebihan.. itu jua tak salah...

Cukup terkilan melihat situasi dunia skang.. Siapa pandai menarik perhatin..dia akan mendapat perhatian lebih.. Sedangkan insan lain bukan main berhempas pulas untuk menghasilkan entri yang amat berkualiti..namun langsung tidak dipandang..

Aku jadikan Eqbal sebagai aku punya idola jika melihat pada mutu penulisan.. Aku sangat2 hormat dia.. aku suka dia melalui entri...dan juga cara die melayan pembaca2 dia..Aku sangat respect kat dia...

Kalau lihat pada ben, mungkin pendekatan dia berbeza dengan blogger lain.. dia seumpama menghasilakn satu jaringan komuniti yang menyatukan pelbagai peringkat blogger.. Aku kagum cara die..namun aku kurang meminati kualiti pada entrinya.. Mungkin cara aku dan cara dia berbeza.. Namun kekadang aku lihat ada sesetangah lawaknya yang agak mengguris hati...  namun aku tetap ambil yang positif.. 

Blog lain yang aku paling suka adalah blog penuh pelbagai rasa.. Blog Niq afnan.. Kemunculan dia yang baru-baru ini seakan melahirkan nafaz baru.. Suka cara pendekatan yang dia gunzkan... Ada serius, lawak, info, perkongsian pribadi etc... Tak kurang juga izamir...

Jika blogger perempuan yang aku suka adalah ustazah online.. Sunah sakura... Cara die yang lembut dalam menyampaikan maklumat itu yang buat aku tertarik untuk meneliti hasil penulisannnya.. Teruskan usaha anda...
Jika suruh pilih blogger wanita yang lain.. Sukar aku untuk membuat pilihan.. Sebab banyak aku lihat blogger2 kini banyak bercerita mengenai peribadi..menjual wajah..tah la..mungkin itu penarik atau pelaris kot.. namun lihat pada sunah sakura.. Ada die berbuat sedemikan.. Common la.. 

Kehadiran aku pada malam ini cuma ingin meluahkan rasa tak puas hati pada blogger yang berpuak-puak dan suka mengeji blogger lain.. Percayalah..setiap dari kita ada kelebihan masing. jangan teruss menghukum seseorang blogger itu dengan kata-kata yang bisa meruntuhkan semnagtnya.. Dengan pelbagai kata2 pematah semanagt.. Seperti menghebahkan pada orang lain bahawa si polan itu lembap berfikir etc.. 

Kalau Trofi yang kau kejar?? Silakan.. Jangan sampai nak jatuhkan blogger lain dengan kata2 nista lagi.. Aku merayu bagi pihak blogger yang lain...



Saturday, 16 April 2011

Jangan Jadi Blogger Yang Kejam...

Setiap insan mempunyai prinsip dalam kehidupan. Andaikata musnah prinsip.. Maka tercari-carilah kembali jalan yang sudah gelap itu.. Mungkin kita selalau berkata "manakah arah tujua aku?" Namun sedarkah kita..jauh disudut hati mesti akan ada tujuan dan matlamat hidup ini!!!

Susah kan untuk kita penuhi setiap apa yang orang lain inginkan? Selalu kita rasa ingin mengalah.. Tapi sampai bile?? Sampai diri kita dihinjak2... Perasaan kita di remuk2?? Sampai sedemikiankah???

Sesekali itu, belajarlah untuk menerima apa pendapat orang lain.. Jangan hanya ingin merasakan apa yang kita hujahkan itu sentiasa benar...  Kadang-kadang... Kita rasa kita saja yang ada untuk kita ceritakan..namun manakah ruang untuk orang lain yang ingin jua ceritakan apa yang die rasa?? bertindaklah adil... Setiap perhubungan perlu ada pemberian dan penerimaan...

Seribu tahun pengalaman tak bermakna mempunyai sejuta ilmu.. Dan setahun pengalaman, tak bermakna tak memiliki sejuta ilmu...

Renungkan.... Jangan jadi Blogger Yang Kejam ...

Friday, 15 April 2011

Bertatih sebelum berlari... Lumrah Duniawi



Lumrah alam,
dilahirkan itu suci....
anak itu dilahirkan putih bersih,
ibu bapalah yang mencorakkan,
samada ianya majusi, yahudi ataupun nasrani....

Lumrah alam,
bertatih sebelum berlari....
manakah terus berlari sedangkan belum bisa berjalan?
dan sebelum bangun perlukan usaha..

Lumrah alam,
Usaha sedaya upaya
untuk memperoleh sedikit ganjaran..
ataupun sebesar2 ganjaran...
semuanya bermula dengan usaha....

Lumrah alam,
kelmarin dijadikan sejarah....
hari esok dijadikan 
pengukir sejarah...
sejarah seorang hamba...
yang bernama INSANI!!!